Betul ke Kopi Punca Jerawat?

betul ke kopi punca jerawat
Kopi sangat sedap. Ada pelbagai jenis kopi dekat pasaran. Kopi segar, dah di campur susu, tambahan gula atau sirap dan lain-lain. Nama bagi setiap jenis bancuhan kopi ini juga berbeza. Di tambah dengan lambakan kedai kopi sama ada di tepi jalan mahu pun di dalam pusat membeli-belah, ianya seolah suatu kemestian untuk kita mendapat sendiri dan mencuba kopi. Begitu juga buat pencinta kopi yang kebanyakkannya memilih untuk ada mesin bancuhan kopi sendiri di rumah. 
Namun begitu, sejak sekian lama kopi telah dikaitkan dengan masalah jerawat. Umum mengatakan bahawa kopi ialah punca utama jerawat. Sebenarnya ada faktor yang menyebabkan kopi itu boleh menjadi penyebab dan penyumbang kepada masalah jerawat. Antara faktornya ialah cara bancuhan, kekerapan pengambilan dan jenis kopi itu sendiri.
1. Kafein
Apabila dah ada kopi jadi mesti wajib ada kafein. Kalau nak tahu kafein ini akan membuatkan kita sukar untuk tidur dan meningkatkan kadar stress dalam badan. Peningkatan stress berkait rapat dengan sejenis hormon iaitu kortisol. Hormon stress kortisol punca yang menyebabkan kandungan minyak dalam kelenjar sebacous melonjak naik! Kerana itu, jerawat senang datang.

Selain itu, disebabkan kafein menyumbang pada masalah susah tidur sekaligus ia semakin menambahkan lagi stress. Tidak cukup tidur akan buat badan letih dan tertekan.
2. Susu
Sebuah penyelidikan ke atas 47,000 orang jururawat yang pernah mempunyai masalah jerawat di usia muda telah menunjukkan hasil kajian bahawa mereka dengan pengambilan susu tertinggi memang terdedah dengan jerawat lebih banyak berbanding yang tidak mengambil susu dengan banyak.
Kajian lain ke atas budak lelaki dan remaja wanita juga menunjukkan hasil yang sama. Para penyelidik yakin bahawa susu ialah punca utama yang memberi risiko kepada jerawat. Susu skim atau susu tanpa lemak adalah lebih teruk berbanding susu krim penuh dan susu lemak.

Remaja wanita yang mengambil 2 gelas susu tanpa lemak atau lebih dalam sehari 22% daripadanya memiliki masalah jerawat, 44% darinya berjerawat jenis cyst berbanding remaja yang cuma ambil sehari segelas sahaja.
3. Gula
Yang ini memang tak dapat nak dinafikan. Gula dan jerawat mempunyai kaitan yang sangat tinggi. Siapa yang suka minum kopi di Starbuck terutama untuk dapatkan kopi jenis limited di pasaran? Sebenarnya ketahuilah anda dah dapat kandungan gula yang super tinggi melebihi dari jangkaan anda!
Pengambilan gula yang tinggi akan menyebabkan insulin dirembeskan dengan sangat banyak. Susulan dari ini maka akan datanglah sejenis hormon yang di panggil insulin-like growth factor (IGF-1). Hormon yang menyumbangkan faktor terbesar kepada masalah jerawat!
Itu belum lagi minum kopi dan digandingkan dengan donut atas pastri manis. Lebih berganda-ganda kesannya.

Diet tinggi karbohidrat dengan indeks glisemik tinggi juga memberi kesan yang sama seperti gula ini.
Sebenarnya kopi itu tidak menyebabkan jerawat. Tetapi faktor-faktor yang ada dalam kopi itu yang sumbang pada jerawat. Tambah susu, tambah gula dan terlalu kerap mengambil kopi ialah punca sebenar.
Ada cara yang lebih baik boleh kita amalkan jika kita sememangnya pecinta kopi ini iaitu :
PENYELESAIAN UNTUK ELAK KOPI JADI PUNCA JERAWAT
✓ Elak tambah gula tambahan atau sirup. Alternatifnya gantikan dengan pemanis seperti stevia
✓ Gunakan susu non-dairy seperti susu almond atau susu kelapa
✓ Elak mengambil kopi di waktu tengahari atau sebelum tidur
✓ Tinggalkan pastri dan donut
✓ Tukar kepada kopi jenis decaf
Bagi sesiapa yang ada masalah jerawat, boleh cuba untuk tinggalkan sekejap kopi dan lihat sendiri perubahan pada kulit wajah anda. 

(Visited 467 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Vitamin Syaza (VS)

    Cik Tie suka minum kopi?

Leave a Reply