Cara Kemurungan Bertindak dan Berkembang [Ikut Jantina dan Umur]

KEMURUNGAN
Kemurungan berkembang dan bertindak berbeza antara lapisan umur dan jantina. Cara ia berkembang kepada wanita lain, lelaki lain, kanak-kanak lain dan seterusnya.
Cara Kemurungan Bertindak dan Berkembang 
Wanita
“Kawan-kawan saya asyik bertanya apa yang menyebabkan saya semakin hari semakin teruk? Saya ada kerja yang baik dan keluarga yang hebat! Tapi semua ni dah tak buatkan sayang gembira. Saya penat, terlalu penat. Saya cuba paksa diri saya untuk minat dan ambil tahu tentang aktiviti keluarga dan anak-anak, tapi saya tak boleh. Saya rasa sunyi, sedih, dan langsung tak ada tenaga untuk selesaikan semua benda. Saya rasa saya ni mak yang teruk pada anak-anak saya dan isteri yang gagal pada suami saya,”
Kebanyakan wanita menunjukkan simptom yang sama dalam menghidapi kemurungan seperti mudah bersedih, rasa diri tak guna dan dalam masa sama rasa bersalah pada diri dan sekeliling. Secara fakta, kemurungan lebih kerap melanda perempuan berbanding lelaki. Secara biologi, kitaran hidup, keseimbangan hormon dan faktor psikososial, adalah menjadi lebih mudah untuk wanita memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kemurungan.
Sebagai contoh, wanita yang mudah kena kemurungan selepas bersalin (postpartum depression) atau sering di gelar sebagai meroyan. Keadaan ketidakseimbangan hormon dan bentuk fizikal serta kehadiran bayi yang perlu diuruskan akan menyumbang kepada lebih tinggi risiko meroyan.
Lelaki
“Saya lebih suka habiskan masa minum di kedai mamak sampai kembung perut! Sampai saya rasa puas hati dan balik tinggal tidur je. Tapi bila bangun tidur, masalah tu ada lagi. Kena hadap juga,”
Kalau perempuan lebih mudah rasa sedih, bersalah dan yang sewaktu dengannya, berbeza pula dengan lelaki.
Lelaki lebih mudah mempunyai rasa bersalah melampau dan mudah penat, terguris serta menghidapi masalah sukar tidur (insomnia). Malah, lelaki mudah untuk kecewa, hilang semangat dan mudah marah serta kadang kala bertindak di luar kawalan.
Walaupun didapati terdapat banyak cubaan membunuh diri bagi wanita, namun kes berjaya bunuh diri selepas mencuba adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita di US.
Kanak-Kanak
“Dulu saya suka sekolah! Tapi sekarang ni saya selalu kena sakit perut, kadangkala rasa kebas. Jadi, saya malas nak ke sekolah. Saya suka marah kakak saya dekat rumah. Saya berhenti masuk pasukal bola sepak sekolah sebab saya lagi suka duduk dalam bilik dan main game,”
Sebelum akil baligh, kanak-kanak lelaki dan perempuan menunjukkan tanda hampir sama dalam menghidapi kemurungan. Kanak-kanak dengan murung biasanya akan mudah jatuh sakit, engan ke sekolah, terlalu berharap kepada ibu bapa dan terlalu risau ibu bapa akan mati meninggalkan mereka. 
Disebabkan sikap kanak-kanak yang kerap berubah, sukar untuk dikenalpasti adalah mereka mempunyai hanya masalah sementara atau sebenarnya sedang berhadapan dengan kesukaran kemurungan?
Kadangkala, ibu bapa risau tentang perubahan sikap anak mereka, terutama apabila cikgu sendiri mengadu yang anak mereka tidak lagi seperti mereka yang dulu. 
Perlu kita semua ambil tahu, kebanyakkan gangguan murung yang kronik, bermula dari zaman kanak-kanak yang penuh kerisauan dan ketakutan.
Remaja
“Saya selalu kena buli. Markah peperiksaan saya teruk. Mak ayah saya selalu bandingkan dengan anak orang lain. Kesakitan dalaman yang saya rasakan siang dan malam tak dapat saya nak rungkaikan pada orang lain. Saya rasa seolah lemas. Saya benci diri saya. Saya perlukan pertolongan,”
Zaman remaja adalah penuh cabaran. Di usia awal remaja, mereka sedag membina identiti diri sendiri yang sebenar dan berhadapan dengan pelbagai isu termasuk seksualiti dan cara membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri.
Bad mood adalah normal bagi remaja, tapi tidak untuk kemurungan. Mungkin kebanyakan remaja gemar merajuk, sensitif dan sentiasa salah faham dengan tindakan orang dewasa, namun jangan ambil remeh jika ianya berlarutan.
Remaja dengan masalah kemurungan mudah untuk mendapat gangguan lain seperti kerisauan melampau, hilang selera makan atau terlalu berselera, dan mudah mencederakan diri sendiri serta orang lain. Golongan remaja juga merupakan golongan tertinggi didapati mudah melakukan cubaan bunuh diri.
Mereka memerlukan bantuan orang terdekat seperti ibu bapa dan guru. Kebanyakan hanya sangka mereka mempunyai masalah normal. Diagnosis awal dari pakar diperlukan untuk kenalpasti sama ada mereka ada kemurungan atau tidak.
Sekiranya tanda murung berlaku berturut selama 2 minggu, bawa mereka jumpa untuk pemeriksaan. Bagi golongan remaja, jika kalian kesan gejala pelik pada diri, jumpa orang dewasa yang dipercayai dan bercakap serta luahkan.
Warga Emas
“Saya tak suka makan lagi. Cucu saya pula jenis yang bising, memang saya selalu marah mereka. Walaupun mereka tak bising. Dulu saya suka uruskan diri saya, sekarang, semua benda saya malas buat termasuk mandi,”
Mengalami kemurungan untuk jangka masa panjang bukan perkara normal bagi golongan warga emas. Kebanyakan warga emas adalah sangat berpuas hati dengan kehidupan mereka walaupun mempunyai masalah kesihatan dan fizikal.
Maka, jika warga emas mempunyai masalah kemurungan, mereka akan menunjukkan tanda yang tidak seperti orang lain. Ini menyebabkan ia agak sukar untuk dikenalpasti.
Kadang kala mereka cepat letih, mempunyai masalah berkaitan tidur, atau kelihatan agak garang dan menjengkelkan. Masalah keliru dan perlukan perhatian boleh menyebabkan kemurungan dalam kalangan orang tua berlaku. Tambahan pula, ekoran masalah ini, mereka boleh mendapat penyakit berkaitan lain seperti nyanyuk, Alzheimer’s, sakit jantung, strok dan juga kanser.
Atau, antara punca orang tua alami kemurungan ialah, disebabkan kesan jangka panjang ubat-ubatan yang mereka ambil. Orang tua yang ada sejarah kemurungan di masa lalu mempunyai risiko lebih tinggi untuk ada kemurungan waktu tua berbanding yang lain.
Tips Berhadapan Kemurungan untuk Kanak-Kanak & Remaja:
  • Beri sokongan emosi
  • Rajn bercakap dengan anak
  • Tidak pernah memandang rendah apa yang mereka cuba sampaikan
  • Jangan abaikan kata-kata atau sikap yang menunjukkan tanda nak bunuh diri
  • Ingatkan anak dengan kata perangsang
  • Bawa anak jumpa doktor untuk rawatan lanjut
(Visited 49 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Sha Mohamed

    Info yang bagus..ramai yang anggap kemurungan ni perkara main-main.. Tapi ianya sangat bahaya sebab makn dari dalam.. Bantuan dan sokongan orang sekeliling pun sangat diperlukan oleh mereka yang kemurungan nie..

Leave a Reply