Tanda Gastrik Angin

6 Tanda Gastrik Angin Dalam Badan

Last updated on June 7th, 2024 at 03:44 pm

Tanda Gastrik Dalam Badan Menyerang | Masalah gastrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu gastritis dan ulser perut.

  • Gastritis merujuk kepada berlaku keradangan pada lapisan mukosa yang melapik dinding perut bagi tujuan melindunginya
  • Ulser perut atau berlakunya peptik pada lapisan sel yang lebih dalam merupakan kondisi yang lebih teruk berbanding gastritis
 
Asid yang digunakan dalam proses pencernaan makanan di dalam perut hanya dirembeskan apabila ada makanan untuk dicernakan. Gastrik berisiko terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan di antara penghasilan asid hidroklorik tadi dengan ketahanan sistem perlindungan lapisan perut anda.
 
Sekiranya anda mendapati sakit perut berlaku ketika lapar, ia adalah tanda asid hidroklorik banyak dalam perut. Namun, kalau sakit perut selepas makan, ini antara petanda anda berhadapan dengan masalah ulser perut akibat lapisan mukosa yang terlalu lemah.

Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, tidak menjaga waktu makan, suka tinggalkan sarapan, gemar makanan pedas dan pengambilan alkohol berlebihan antara punca gastrik. Malah, jangkitan bakteria dan virus boleh menjadi punca berlakunya gastrik atau gastritis ini.

Tanda gastrik senang untuk di kesan kerana ia menyebabkan perut berasa tidak selesa. Antara tanda-tanda gastrik ialah:
  • Sakit perut di bahagian atas perut atau abdomen

Salah satu tanda gastrik yang sangat senang di kesan ialah berlakunya sakit perut terutama di bahagian atas abdomen atau perut. Rasa sakit menjadi lebih kuat ketika perut anda dalam keadaan kosong. Selain itu, anda boleh berasa sakit perut kerana gastrik selepas ambil makanan dan minuman tertentu yang boleh menyebabkan keradangan.

  • Berasa senak, berangin atau pedih ulu hati

Asid perut boleh tertolak semula kembali ke kawasan esofagus sehingga mengakibatkan anda mengalami pedih ulu hati atau asid refluks. Rasa seperti terbakar dalam dada dan diikuti rasa masam dalam mulut.

  • Perut Kembung

Pengeluaran gas berlebihan akibat masalah radang yang berlaku di lapisan mukosa boleh menyebabkan masalah kembung perut. Anda akan rasa tidak selesa dan mengalami kesakitan. Pantau diet harian anda bagi elak makanan yang boleh menyumbang kepada penghasilan gas terlalu banyak dalam sesuatu masa.

 

Baca Lebih Lanjut: 7 Cara Mudah Hilangkan Angin dan Sebu Perut

  • Sendawa berulang kali 

Penghasilan gas yang berlebihan melalui sistem pencernaan akan meningkat untuk anda yang mengalami sakit gastrik. Kesannya, anda akan kerap sendawa atau kentut. 

  • Rasa loya dan nak muntah

Dalam beberapa keadaan, gastrik boleh memberi anda rasa mual atau muntah. Keradangan pada lapisan perut yang telah menganggu pencernaan normal ialah punca rasa tidak selesa sehingga ada keinginan untuk muntah.

  • Hilang selera makan

Selain itu, jika anda mudah hilang selera makan atau rasa cepat kenyang sebaik sahaja mula makan – ini juga antara tanda gastrik yang perlu anda perhatikan. Lapisan perut yang mengalami keradangan mengalami kesukaran proses makanan yang anda makan dalam kuantiti banyak.

Manakala jika gastritis telah bertukar kepada ulser perut, ia akan mengakibatkan pendarahan yang boleh di kesan dalam 2 cara:

  1. Najis menjadi hitam seperti tar
  2. Muntah yang mengandungi darah dan bau seperti kopi
Sekiranya anda tidak mahu bergantung kepada pengambilan ubat seperti antasid, berikut ialah cara bagaimana nak mengelak serangan gastrik dari berulang.
 
Jika anda merokok, berhenti merokok. Termasuk juga berhenti pengambilan minuman beralkohol. Selain itu, pastikan anda tidak mudah ambil ubat tahan sakit. Hentikan pengambilan ubat tahan sakit, kerana ubat tahan sakit boleh menyebabkan lapisan dinding mukosa semakin lemah. 
 
 
Semestinya anda perlu amalkan pola pemakanan yang sihat dan teratur. Jangan tinggalkan sahur ketika berpuasa. Cuba makan sedikit tetapi kerap. Belajar untuk kurangkan makanan yang mengandungi banyak rempah, pedas dan masam. Dari segi minuman, kurangkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat.
 
 
Kenalpasti makanan yang menyebabkan anda boleh di serang gastrik. Mula masukkan susu dalam diet harian kerana susu bersifat alkali yang boleh mengurangkan masalah asid dalam perut. 
 
ESP Shaklee ialah antara pilihan jenis susu yang boleh membantu masalah gastrik anda.
TESTIMONI ESP SHAKLEE GASTRIK

Puan Norizati berkongsi pengalaman ambil ESP Shaklee untuk gastrik. Beliau telah alami gastrik yang teruk sehinggakan apabila masuk je makanan, terus muntah. Doktor menyarankan beliau ambil ESP dari Shaklee. Selepas sebulan konsisten ESP Shaklee, gastrik beliau hilang.

 

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan ESP Shaklee dan gastrik, boleh WhatsApp Syaza – klik untuk wasap.

(Visited 248 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. dear anies

    ms zaman sekolah dulu selalu dpt symptom2 di atas… skrg alhamdulillah dah x de lg

  2. Vitamin Syaza (VS)

    Alhamdulillah syukur. Jaga-jaga anies, harap dia tak kembali lagi– amin 🙂

Leave a Reply