Last updated on November 30th, 2021 at 04:43 am
Perkongsian kali ni adalah sharing dari Syaza sendiri sebagai seorang ibu yang menyusukan anak. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh Allah mengizinkan Syaza untuk menyusukan anak Syaza yang di beri nama Zehraa.
Sebelum kita pergi kepada teknik, Syaza merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Penting untuk makluman semua kerana Syaza yakin ada dalam kalangan pembaca entry kali ini merupakan seorang EP Mom.
Syabas dan tahniah Syaza ucapkan kerana menjadi seorang ibu yang ada keinginan untuk menyusukan anak sepenuhnya sehingga usia maksimum dua tahun!
5 TIPS SUSU IBU MERIAH
1. DIRECT FEEDING
Kerapkan direct feeding anak. Biarkan anak menyusu terutama di waktu malam. Dalam fasa awal ketika berpantang, kerapkan bersama anak. Ini untuk membantu mengaktifkan kelenjar susu untuk menghasilkan susu yang pekat dan berkualiti.
Fasa awal pantang, anak akan lebih kerap menyusu berbanding waktu selepas berpantang. Sabar dan jangan putus asa. Sekiranya badan rasa letih dan penat, pastikan ibu dapatkan nutrisi yang cukup dalam tempoh berpantang melalui makanan dan set berpantang.
2. PAM SUSU MENGIKUT WAKTU
Dibolehkan pam susu kita terutama bagi EP Mom serta ibu-ibu yang mempunyai limpahan susu yang banyak. Namun begitu, pastikan pam tersebut mengikut jadual. Tidak boleh pam sesuka hati dan rasa bila perlu.
Pam juga berfungsi untuk merangsang susu kita. Walaubagaimanapun, rangsangan terbaik adalah melalui hisapan si anak. Jika bersama anak, lepas balik kerja atau pada bila masa sahaja, pastikan kita memilih untuk lakukan tips pertama di atas berbanding pam. Letak pam di tepi dalam situasi begini.
3. ELAKKAN BENGKAK SUSU
Antara tanda bengkak susu ialah payudara kita membengkak dan penuh apabila di sentuh. Selain itu, terdapat ketulan serta menyakitkan badan kita seperti nyeri dan ngilu. Ada tahap yang boleh menyebabkan demam.
Tahukah Anda?
Bengkak susu menghasilkan susu yang cair yang menyebabkan anak tidak kenyang kerana gagal mendapat susu berkalori dan khasiat tinggi.
Apa perlu dilakukan ketika bengkak susu? Jangan terus beri anak minum. Boleh pam atau sebaiknya marmet dahulu. Marmet adalah teknik perahan menggunakan tangan. Marmet sedikit untuk biarkan susu yang cari tadi keluar dan kemudian boleh susukan anak seperti biasa.
4. MILKBOOSTER
Pilih milkbooster yang tepat dan bukan sahaja yang banyakkan susu, tetapi memberi tenaga kepada ibu. Ibu yang menyusu memerlukan tenaga yang banyak!
Tahukah Anda?
Tenaga yang digunakan ketika menyusukan seorang anak umpama mendaki bukit.
Letih, bukan? Maka adalah sebaiknya kita mendapatkan milkbooster yang memenuhi kelengkapan ibu dan anak. Ibu lebih bertenaga dan ceria, anak pula dapat manfaat susu yang pekat dan meriah. Antara milkbooster terbaik ialah Set Menyusu Shaklee.
5. MINUM AIR SECUKUPNYA
Pastikan keperluan air seorang ibu menyusukan anak cukup supaya susu kekal meriah, berkhasiat untuk anak. Apa yang ibu makan, itulah yang anak makan.
Jika ada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang ada masalah kurang susu atau susu tidak pekat, boleh hubungi Syaza untuk dapatkan maklumat lanjut seperti no yang tertera dibawah:-
018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)
Your Certified Shaklee Product Consultant
Pengeposan ke seluruh Malaysia
(Visited 174 times, 1 visits today)
Belum kahwin so taktau sangat lah pasal breastfeeding ni, boleh bookmark post syaza ni untuk future tips Lya hihi
Boleh Lya! đŸ™‚
Nanti bleh study pelan2 tentang breastfeeding sebab BF ni bukan je semata BF taw. kta perlukan ilmu so that kita lebih kuat dan tak mudah give up đŸ™‚
BF isn't a trending, it is a responsibilities of a mother toward their baby.
semoga bermanfaat kepada ibu2..
InshaAllah.