Betul Ke Kulit Berminyak Awet Muda?

Kita selalu dengar orang kata, untung siapa yang ada kulit berminyak ni. Sebab mereka lebih susah nak ‘makan tua’. Wajah kekal awet muda. Malah kulit bertambah seri, glowing, kurang kedutan! Berbanding jenis muka yang lain, kulit berminyak sangat mudah untuk kekal awet muda.
Persoalan dia sekarang, betul ke?
Ya, betul! Ia bukan mitos. Memang kulit yang berminyak membantu kita untuk lebih kekal awet muda. 
“Sisi positif kulit berminyak ialah ia melambatkan kehadiran kedutan lebih baik berbanding mereka yang mempunyai kulit jenis kering,” nyata Dr Debbie Palmer seorang ahli dalam bidang dermatologi.
Wow, syoknya macam ni. Lepas ni kita dah tak perlu nak merungut, perlu beli banyak kertas penyerap minyak semata sebab nak serap lebihan minyak di muka. 
Sebenarnya, antara punca utama kulit kita cepat nampak tua dan penuh kedutan halus yang jelas ialah kerana kerosakan kulit akibat pencemaran alam sekitar dan juga sinaran matahari. Bagi kita yang terdedah dengan kerap kepada cahaya matahari, habuk, asap, proses untuk kulit cepat tua adalah lebih mudah.
Oleh sebab itu, penggunaan sunscreen, pelindung tabir suria ialah wajib dan perlu sekiranya kita ingin menjaga dan melindungi kulit daripada kelihatan tua bagi kekal awet muda. 
Kelebihan bagi seseorang yang memiliki kulit berminyak menurut Dr Palmer ialah, “Minyak yang semulajadi dari kulit muka seseorang membantu untuk memberi kelembapan kepada kulit dan menjadikannya lebih lembut. Malah, minyak semulajadi juga membantu untuk mengatasi masalah kerosakan kulit muka kerana radikal bebas dari persekitaran kerana kaya Vitamin E – sejenis anti-oksidan untuk kulit. Sapuan Vitamin E dari luaran juga membantu mengatasi masalah kerosakan kulit kerana radikal bebas kesan terdedah dengan sinaran matahari dan pencemaran alam sekitar,”
Tapi macam mana pula kita yang tak ada kulit berminyak sangat ni? Takkan nak sapu dan lumur minyak pula di seluruh muka kita bagi mewujudkan lapisan pelindung kulit dari radikal bebas, cahaya matahari, habuk, asap dan pencemaran?
Jangan risau, ada solusi dia. Bagi yang tak memiliki kulit berminyak secara semulajadi, adalah dinasihatkan untuk kita selalu pastikan wajib konsisten penggunaan sunscreen dan anti-oksidan untuk mengelakkan penuaan awal; kedutan.
Dr Debbie Palmer, menasihatkan penggunaan sunscreen terbaik ialah yang mengandungi zinc oxide dan titanium dioxide. Malah, penggunaan sunscreen dengan jaringan spektrum luas (broad spectrum) UVA/UVB, SPF 30 ke atas adalah sangat digalakkan bagi kita yang benar-benar menjaga kecantikan kulit untuk kekal awet muda.
Ini adalah Sunscreen dari YOUTH Shaklee Skincare. Jelas terlihat di tulis di situ, seperti yang disarankan Dr Palmer, untuk menggunakan sunscreen broadspectrum SPF 30 dan ke atas. Sunscreen YOUTH ini adalah bernilai SPF 50. Memang elok kita guna untuk kekal awet muda
(Visited 41 times, 1 visits today)

1 Comment

  1. anakdenesor

    wah baru tahu kulit berminyak ni sebenarnya bagus,

Leave a Reply