Last updated on September 27th, 2024 at 11:42 pm
“Susu saya sikit dalam pantang, apa nak buat?” |
Kapasiti (Keperluan) Susu Ibu untuk Baby Dalam Pantang |
- Longan
- Kurma
- Biskut Coklat
- Milo
- Horlicks
- Minuman dari kacang soya non-gmo
- Berperisa vanilla
- Rendah indeks glisemik (ibu miliki rasa kenyang lebih lama)
- Beri ibu tenaga
- Menambahkan susu ibu
- Susu ibu lebih pekat dan kalori tinggi
- Bantu turunkan berat badan dalam pantang
- Daun Alfalfa terkenal turun temurun dalam memperbanyak dan menggalakkan susu ibu
- Memekatkan susu ibu
- Beri tenaga kepada ibu
- Emosi ibu lebih rileks
- Perut cepat kempis
- Sumber kalsium
- Sangat diperlukan bagi menyokong pertumbuhan gigi dan tulang anak
- Kalsium adalah komponen utama susu ibu
- Penggalak susu ibu
- Melengkapkan fungsi ESP & Alfalfa
Perut newborn bersaiz seperti sebiji buah ceri dan hanya memerlukan sekitar 5 hingga 7 ml susu badan sahaja untuk sekali minum. Keperluan ini akan meningkat seiring dengan usia bayi anda. Ketika usia bayi anda 30 hari, susu badan yang diperlukan ialah kira-kira 2.5 hingga 5 oz atau 80 hingga 150 ml.
Tips Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin
1. Tingkatkan Demand & Supply
Demand dan supply merupakan konsep asas dalam penyusuan. Sekiranya ada permintaan (demand) untuk susu badan, maka akan ada susu badan dihasilkan (supply). Oleh itu semasa dalam pantang anda perlu menjaga tempoh waktu menyusu antara 1 hingga 2 jam. Sentiasa menyusukan bayi anda dalam tempoh ini. Bayi ketika newborn memang suka tidur terutama jika ada jaundice. Perlu untuk bangunkan mereka dari tidur. Salah satu cara nak kejutkan bayi dari tidur ialah dengan cara tepuk dengan lembut di tapak kaki mereka. Fokus kepada melakukan direct feeding untuk bayi anda.