Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan satu daripada lima dewasa mengalami masalah obesiti atau kegemukan ini.
Obesiti merupakan antara masalah yang perlu di ambil serius oleh semua pihak. Tidak kira sama ada kanak-kanak mahupun dewasa, tua atau muda semua lapisan masyarakat tidak terlepas dari masalah obesiti.
Apa itu obesiti?
Obesiti adalah sebuah masalah yang serius, kronik serta memerlukan untuk di ambil tindakan segera kerana ianya dapat mendatangkan pelbagai jenis masalah kesihatan sama ada jangka masa pendek atau panjang.
Secara asas, obesiti ialah masalah lemak berlebihan terkumpul dalam badan seseorang.
Obesiti bukan sahaja membataskan pergerakan seseorang malah mampu menarik keyakinan diri serta mendatangkan pelbagai jenis penyakit berangkai yang lainnya.
Antara penyakit yang popular dalam kalangan mereka yang mendapat obesiti ialah penyakit jantung, kolestrol tinggi serta kencing manis.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjangkakan Malaysia pada 2025 hanya mempunyai 800,000 purata penghidap diabetes.
Walaubagaimanapun, kaji selidik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan melalui Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 menunjukkan bahawa seramai 3 juta orang Malaysia menghidap diabetes.
Sekarang, boleh anda bayangkan berapa jumlah bagi statistik ini untuk tahun 2017?
8 Penyakit Mudah Kena Mereka Obesiti
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menunjukkan hasil kajian Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional pada 2015, bahawa, hampir separuh dari orang dewasa Malaysia memiliki masalah kolestrol tinggi iaitu sebanyak 47.7 peratus.
Penyakit yang berkait rapat dengan obesiti antaranya ialah lapan (8) ini tetapi tidak hanya terhad kepada penyakit ini :
1. Tekanan Darah Tinggi
Lemak berlebihan memerlukan bekalan oksigen dan nutrien mencukupi untuk ‘hidup’ dalam badan seseorang.
Hal ini menyebabkan saluran darah perlu bekerja keras lagi untuk menghantar keperluan yang diperlukan kepada lemak berlebihan tadi.
Maka, jantung yang bertanggungjawab mengepam darah ke seluruh anggota badan bekerja kuat dan keras.
Semakin banyak darah di pam, semakin kuat tekanan yang dikenakan ke atas dinding arteri. Tekanan tinggi atas dinding arteri menyebabkan penghasilan tekanan darah tinggi.
Dalam erti kata lain, berat badan berlebihan yang menyebabkan terkumpulnya lemak mengakibatkan jantung perlu bekerja lebih keras sehingga dinding arteri mengalami tekanan melalui peredaran darah kerana perlu menghantar keperluan oksigen dan nutrien terhadap lemak berlebihan tadi.
2. Diabetes
Obesiti merupakan penyebab utama terjadinya penyakit diabetes type 2. Jenis diabetes ini selalunya menyerang orang dewasa, tapi kini ianya juga berleluasa terhadap kanak-kanak.
Hormon yang mengawal tindakbalas paras gula, insulin, akan terganggu dengan adanya masalah obesiti ini. Hal ini mengakibatkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak.
Sekalipun obesiti sederhana, ia juga mampu memberi kesan serius terhadap wujudnya penyakit diabetes ini.
3. Penyakit Jantung
Atherosclerosis, dinding arteri mengeras menyerang mereka yang menghidap obesiti 10 kali ganda dari yang bebas obesiti.
Penyakit arteri koronari juga sering menyerang mereka yang obesiti kerana lemak berlebihan yang terperangkap telah mengakibatkan laluan arteri sempit dipenuhi lemak berlebihan tadi.
Daripada masalah laluan arteri sempit ini, mudah sekali untuk seseorang kena serangan penyakit jantung dan chest angina.
Malah, darah beku akan menyerang laluan arteri sempit ini. Semuanya kerana obesiti.
4. Masalah Sendi – Osteoarthritis
Masalah sendi termasuk Osteoarthritis, mudah menyerang penghidap obesiti. Tekanan berlebihan yang dikenakan ke atas sendi antaranya sendi lutut, menyebabkan mudah proses masalah sendi berlaku.
Tekanan berlebihan adalah berikutan berat badan berlebihan tadi kerana obesiti.
5. Sleep Apnea dan Masalah Pernafasan
Sleep Apnea adalah masalah di mana seseorang berhenti bernafas seketika sewaktu tidur. Biasa dengar orang tidur berdengkur dengan kuat?
Masalah pernafasan berlaku kerana dada telah menekan peparu sehingga mengakibatkan kesukaran dalam proses pernafasan.
Sleep Apnea juga membawa kepada masalah tekanan darah tinggi.
6. Kanser
Bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, mudah terdedah dengan kanser seperti kanser payudara, kanser kolon dan uterus.
Manakala, lelaki yang obesiti mudah terdedah dengan penyakit kanser seperti prostate, dan kolon.
7. Sindrom Metabolik
Sindrom Metabolik sinonim dengan masalah berkaitan kardiovaskular.
Sindrom metabolik mengandungi enam komponen utama iaitu :
- Obesiti Abdomen
- Peningkatan Paras Kolestrol
- Peningkatan Tekanan Darah
- Masalah insulin
- Peningkatan beberapa komponen darah
- Peningkatan beberapa faktor yang membawa kepada pembekuan darah
8. Kesan Psikososial
Dalam masyarakat Malaysia terutamanya, wanita yang gemuk di pandang rendah dan tidak cantik.
Mereka yang obesiti ini sering dipersalahkan dengan keadaan gemuk itu yang menyebabkan mereka malas atau lemau lesu. Ianya adalah satu kebiasaan mereka yang obesiti memiliki pendapatan kurang dari biasa kerana majikan memilih pekerja, dan sukar mendapat teman hidup.
Hal ini mengakibatkan, kepada sebahagian individu bermasalah berat badan berlebihan atau obese ini untuk hilang keyakinan diri kerana telah didiskriminasikan.
Kesimpulannya, obesiti merupakan masalah yang serius dan kronik yang tidak boleh di ambil secara remeh berikutan ia membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.
Baca : Produk Shaklee untuk Obesiti
Jika anda sayangi diri anda dan orang sekeliling, cegah sebelum terlambat dan dapatkan makanan berkhasiat serta penuh nutrien di samping pengambilan vitamin bagi memenuhi lompong nutrisi harian anda.
Dapatkan Vitamin Shaklee hari ini dari Syaza, Pengedar Shaklee Malaysia.
Fatin Syaza,
Your Favourite Shaklee Distributor,
0187684817 (bit.ly/FatinSyaza),
Pengedar Shaklee Nilai & USIM,
COD Shaklee Nilai Kajang Putrajaya Bangi,
Pos Shaklee Seluruh Malaysia.
(Visited 248 times, 1 visits today)