Petua Hilangkan Kedut Muka Posted on 23/10/201717/10/2022 Last updated on October 17th, 2022 at 09:03 am Hilangkan Kedut Muka | Seramnya! Belum berumur muka dah berkedut. Baru umur 25 tahun tapi dah nampak kesan kedutan di sana sini. Macam mana agaknya kalau aku umur 30 tahun ya? Lebih teruk dari nenek di kampung agaknya? Begitulah kata hati awak.Kedut muka adalah biasa bagi mereka yang berumur kerana kandungan kolagen dalam wajah semakin berkurang. Namun begitu, masih ada yang dalam lingkungan umur 50-an hanya memiliki beberapa sahaja kedutan. Bagaimana ini boleh terjadi walaupun mereka sudah berusia tetapi kulit mereka tetap nampak muda dan cuma ada kedutan yang sedikit? Pasti ada rahsianya yang boleh awak guna untuk melambatkan penuaan seperti kedutan di muka. Hal ini terjadi kerana mereka telah memulakan penjagaan dalaman dan luaran sejak dari muda lagi. Mereka ada rutin dengan menggunakan bahan semulajadi ke atas kulit wajah mereka. Zaman hari ini terdapat banyak produk yang terdedah dengan bahan kimia berbahaya, kimia terlarang dan terkawal yang menyebabkan lebih mudah kulit awak mengalami keradangan serta kedutan awal di wajah. Di samping itu, wanita muda hari ini terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan rumahtangga hingga lupa menjaga kecantikan diri. Penggunaan pelindung tabir suria atau sunscreen sering diabaikan. Sinaran UV hari ini tidak lagi sebaik dahulu. Hari ini, jika awak abaikan penggunaan sunscreen maka kulit akan sangat cepat berkedut sebelum awak sendiri tua. Hasilnya, kulit wajah kelihatan berusia dari usia sebenar dan akhirnya kelihatan sangat tua walaupun belum melepasi fasa umur 30 tahun. Ianya sangat menyeramkan! Bayangkan apabila umur anda sebenarnya 25 tahun, tetapi mereka meneka umur anda sebagai 35 tahun iaitu 10 tahun lebih berusia. Pasti sedih dan kecewa bukan? Jangan risau sebab selagi usia awak belum di waktu senja, awak masih ada peluang untuk mengatasi dan memperbaiki malah melewatkannya! 7 Petua Mudah Hilangkan Kedut Muka Dalam artikel ini awak akan mengetahui 7 petua mudah untuk menghilangkan serta melambatkan kedutan di wajah awak sebelum waktunya. Empat dari petua ini dengan menggunakan bahan alami semulajadi yang mudah awak dapatkan di kedai runcit serta dapur rumah awak sahaja. Paling utama, konsisten untuk hasil yang terbaik ya. 1. Kuasa Buah Tomato Buah tomato tinggi antioksidan Tomato mempunyai kandungan anti-oksidan serta Vitamin C semulajadi untuk proses penegangan kulit muka. Tomato memberikan kesan segar apabila dikenakan ke atas wajah.Cara menggunakan buah tomato untuk melambatkan masalah kedutan muka dalam penggunaan harian:Hiriskan tomatoSapukan tomato ke seluruh wajah hingga anda dapat rasakan lendiran dari tomatoBiarkan selama 15 minit dan bilas! 2. Masker Buah Betik Betik kaya dengan vitamin C Betik, tinggi kandungan Vitamin C. Jadikan betik sebagai masker mingguan anda untuk kulit yang lebih awet muda. Cara menggunakan betik sebagai masker muka:Lumatkan beberapa hirisan betik mengikut kadar kepekatan pes masker yang diinginiCampurkan bersama madu atau lemonSekatakan di seluruh wajah Tunggu selama 30 minit Selepas 30 minit, bilas dengan bersih 3. Masker Segar Pisang Jadikan ia masker mingguan awak Bukan sahaja enak di makan, malah buah pisang amat memberikan kesan rileks apabila dijadikan masker bagi hilangkan kedut anda! Jadikan ianya krim muka anti kedut awak. Cara Menggunakan Buah Pisang Untuk Krim Muka Anti-kedut Semulajadi:Hancurkan pisang sehingga menjadi seperti krimSapukan di atas wajah dengan sekataTunggu 30 minit dan bilas dengan air suam sehingga bersih. 4. Supplement Vitamin C dan Vitamin E Gaya hidup hari ini memerlukan nutrisi tambahan untuk kulit Makanan sahaja tidak cukup. Awak pasti sedar bahawa bukanlah setiap hari awak akan makan buah dan sayuran. Malah, disebabkan gaya hidup yang sibuk kadangkala awak terpaksa mengambil jalan singkat dengan makan makanan segera atau fast food.Makanan yang tidak sihat ini memiliki kolestrol serta minyak berlebihan yang tidak baik untuk kesihatan wajah. Apabila nutrisi penting ini kurang, ia akan menjejaskan keadaan kulit wajah awak. Dari dalam, terpancar di luar. Vitamin C dan Vitamin E Shaklee boleh digunakan sebagai masker untuk hasil lebih baik Oleh itu pastikan awak memasukkan ke dalam diari harian supplement tambahan yang penting untuk kecantikan wajah iaitu Vitamin C dan Vitamin E.Kandungan Vitamin C dan Vitamin E yang kaya dengan anti-oksidan membantu merangsang penghasilan kolagen yang akan menurun secara banyak bermula umur 25 tahun.Selain itu, disebabkan untuk menggalakkan penghasilan kolagen awak memerlukan blok asas iaitu protein, pastikan makanan yang awak ambil selalu lengkap dengan potein harian awak. 5. Minum Air Masak Air masak mudah didapati dan ada banyak manfaat Salah satu punca muka senang berkedut adalah kerana kulit hilang kelembapan semulajadi yang diperlukan. 60% tubuh badan manusia ialah air.Jika awak ambil air secukupnya setiap hari, kulit awak akan mendapat kelembapan yang cukup. Ini akan membantu mengelakkan kedutan muka menjadi lebih teruk serta menghilangkan bagi yang dah ada kedutan sebelum usia lanjut datang.Beapa cukup yang awak perlu minum? Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar bagi setiap berat 25 kg, mengambil 1 liter air. Ambil kira juga aktiviti fizikal harian awak bagi mengetahui air masak itu cukup atau tidak. Lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak air diperlukan. 6. Pelembap Semulajadi Minyak Zaitun Pelembap semulajadi untuk mengekalkan kelembapan asal kulit Kaya dengan kandungan Vitamin D, Vitamin C dan Vitamin E serta zat besi, minyak zaitun membantu menghilangkan kehadiran kedut di wajah. Gunakan sebagai pelembap harian:Bersihkan wajah sebelum tidurSapukan minyak zaitun sebagai pelembap muka sebelum tidur. 7. Senyum Selalu Senyum itu juga sedekah Akhir sekali, banyakkan senyum. Otot muka yang sering tersenyum akan melambatkan kedutan muncul di wajah. Ini dibuktikan dengan kajian saintifik bahawa mereka yang lebih banyak tersenyum memiliki kedutan yang kurang berbanding yang gemar masam dan stress sahaja! Awak mungkin meminati ini..3 Tips Awet Muda Dalam IslamFungsi, Kebaikan, Manfaat dan Testimoni Vitamin C ShakleeSet Cantik dari Shaklee untuk Kulit Cerah, Bebas Jerawat dan Parut serta Jeragat Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Kenapa Awak Perlu Lebih Banyak Berfikir Tentang Sunblock dan Sunscreen? Posted on 14/12/202128/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Sebut je mengenai perlindungan matahari, ada dua perkara yang akan bermain di fikiran iaitu sunblock dan sunscreen. Sebenarnya, ada beza ke dua ni? Dalam entri ini, awak akan mengetahui mengenai perbezaan atau mungkin persamaan yang ada dalam sunblock dan sunscreen. Download… Read More
Tips Kecantikan 6 Cara Mudah Hilangkan Mata Panda Posted on 15/05/202030/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 06:34 am Mata panda sangat comel pada panda, tapi bukan untuk kita, Tak kira la apa nama kita sebut sama ada mata panda,mata raccoon, atau mata sembap dan lain-lain, kalau nak tahu berdasarkan kajian pada tahun 2006, kajian oleh sebuah syarikat kecantikan, masalah… Read More
Shaklee Collagen Powder Ini Adalah 5 Sebab Mengapa Awak Perlu Untuk Makan Kolagen Posted on 15/05/201919/06/2022 Last updated on June 19th, 2022 at 07:08 am Kolagen ialah sejenis protein penting yang ada pada setiap orang. Persoalannya hari ini, adakah perlu untuk ambil kolagen? Dalam artikel ini, awak akan mengetahui 5 sebab kenapa awak perlukan kolagen. 5 Sebab Awak Perlu Makan Kolagen 1. Kulit Tidak Cepat Tua… Read More