Bertenaga ketika hamil.
Menjadi impian setiap dari wanita yang berkahwin untuk memiliki zuriat agar dapat dijadikan pengerat kasih sayang antara suami dan isteri.
Walaubagaimanapun, tak kurang yang serik ingin hamil kerana tiada tenaga ketika hamil. Tenaga ketika hamil sangat penting agar ibu kekal sihat dan berseri sewaktu hamil. Malah, untuk memastikan bayi yang berada dalam kandungan ceria selalu, ibu perlu ambil tahu antara cara nak bertenaga ketika hamil.
Pengalaman setiap wanita yang meniti waktu mendapatkan zuriat adalah berbeza. Ada yang sangat bertenaga ketika hamil. Ada yang masih di tahap sederhana tenaga hamil. Ada yang sangat tidak bertenaga ketika hamil.
Enjoy our journey ketika hamil kerana saat itu la kita akan kenal erti sebenar kasih sayang seorang ibu. Saat itu kita akan terkenang suka duka ibu kita sendiri dan ibu mertua kita.
Namun begitu, bagi yang sudah sedia aktif dan bertenaga ketika sebelum hamil, pastu sangat teringin untuk tahu bagaimana cara nak kekal bertenaga ketika hamil, bukan?
Antara cara mudah untuk kekal bertenaga ketika hamil ialah :
SENAMAN RINGAN
Ambil masa dalam 10-30 minit di waktu pagi, dan lakukan senaman ringan bagi melancarkan peredaran darah ketika hamil serta memberi efek segar segera kepada ibu hamil.
MAKAN ON TIME
Makan pada waktunya (on time) sangat penting. Selain mengelakkan serangan gastrik ketika hamil dan heartburn, ianya juga membantu memberi tenaga ketika hamil.
Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap bagi yang tak boleh nak makan terlalu banyak dalam satu-satu masa.
Bagi yang boleh makan tanpa halangan ketika hamil, berpada-padalah. Kerana ketika hamil, bukan satu keperluan utama makan untuk dua orang seperti yang selalu kita dengar.
Pastikan setiap makanan yang di ambil ketika hamil adalah berkhasiat dan kaya dengan nutrisi serta vitamin penting supaya memberi kebaikan kepada bayi dan anak yang kita kandungkan 😊
Jus masam membantu kurangkan morning sickness |
SUPPLEMENT dan VITAMIN KETIKA HAMIL
Pengambilan vitamin sangat penting untuk kita semua terutama sekali wanita dan wanita yang hamil.
Hal ini kerana, ketika hamil, kita memerlukan vitamin bukan saja untuk diri sendiri tetapi bayi yang kita kandungkan.
Elakkan caffeine dan makanan manis sentiasa ketika hamil! |
Kekurangan vitamin ketika hamil adalah sangat menakutkan kerana boleh membawa kepada pelbagai komplikasi dan masalah sewaktu proses kehamilan.
Antara Vitamin penting ketika hamil ialah :
- Vitamin C
- Asid Folik
- B-Complex
- Iron
- Kalsium
(Visited 163 times, 1 visits today)